Penggunaan masa kini Politik_haluan_kanan

Baru-baru ini, istilah ini sering merangkumi beberapa bentuk konservatisme. Ada yang menganggap sayap kanan itu termasuklah bentuk-bentuk liberalisme yang lebih menekankan pasaran bebas berbanding egalitarianisme apabila membincangkan kekayaan, namun sesetengah penyokong pasaran bebas, termasuk beberapa libertarian, membayangkan spekturm politik dua dimensi yang dikatakan mereka sebagai menggambarkan pendirian politik mereka dengan lebih tepat. [1] (Lihat Carta Nolan, Carta Pournelle, Kompas Politik). Ramai penyokong anarki (termasuk sosialis libertarian) juga tidak meletakkan diri mereka dalam spektrum politik klasik ini.

Di luar Amerika Syarikat dan Kanada (di mana kapitalisme didukung oleh ahli politik utama dan golongan-golongan sayap kiri dan kanan), perbezaan yang paling nyata antara sayap kiri dan kanan terletak pada dasar ekonomi. Golongan sayap mengemukakan kapitalisme, manakala sayap kiri pula menyokong sosialisme (termasuk sosialisme demokratik) atau komunisme. Ada pihak di sayap kanan yang mendukung kapitalisme laissez faire yang cenderung kepada minarkisme dengan campur tangan kerajaan yang minima dalam ekonomi selain mengawal bekalan wang dan sedikit pencukaian selain menyokong pihak tentera dan keselamatan. Di sisi yang bertentangan dalam apa yang dianggap sebagai kanan tengah, pengikut Gaulisme kanan tengah di Perancis selepas Perang Dunia II mendukung perbelanjaan sosial yang banyak untuk pembangunan pendidikan dan prasarana, serta pengawalan ekonomi menyeluruh dan juga pengagihan semula kekayaan terhad yang agak cenderung kepada sifat-sifat demokrasi sosial.